Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
11 MEI 2021 – AKTIVITI-AKTIVITI KEUGAMAAN MSD DI BULAN RAMADHAN 1442H / 2021M

Bandar Seri Begawan, Selasa, 28 Ramadhan 1442 / 11 Mei 2021 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS) telah melaksanakan beberapa aktiviti keugamaan tahunan jabatan bagi meraih kemanfaatan dan pahala sempena bulan Ramadhan.

Majlis Khatam Al-Quran MSD telah diadakan pada hari Isnin, 27 Ramadhan 1442H bersamaan dengan 10 Mei 2021M. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan takhtim dan diakhiri dengan doa khatam, dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan.

MSD juga telah menyampaikan sumbangan wakaf, kepada Masjid Kampong Putat. Antara keperluan yang disumbangkan oleh warga MSD adalah jam digital azan dinding, mesin rumput, scafolding set dan set alat pembesar suara Megahorn. Sumbangan telah diserahkan kepada Imam Masjid Kampong Putat, Imam Ajrin bin Haji Rungging. 

MSD juga telah menyumbangkan beberapa kotak air mineral ke masjid-masjid yang terpilih pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.




Majlis Khatam Al-Quran MSD pada Hari Isnin, 27 Ramadhan 1442H bersamaan 10 Mei 2021M, bertempat di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.


Pengerusi BKSS MSD menyampaikan sumbangan wakaf kepada Imam Masjid Kampong Putat.

Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan mudah-mudahan ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA akan memberkati sumbangan amal jariah daripada warga jabatan ini, Aamiin. 

Attachments