Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
22 MEI 2021 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MSD 2021

‚ÄčBandar Seri Begawan, Sabtu 22 Mei 2021 Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 09 Syawal 1442 bersamaan 22 Mei 2021 yang diungkayahkan oleh Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS), MSD

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Abdul Rahim bin Awang Haji Ali, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan, diikuti dengan ucapan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff.

Acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik (APT), MSD bagi tahun 2021 kepada tiga orang penerima :

  1. Kumpulan A (pegawai Bahagian II) : Yang Mulia Dayang Fatin Aqilah binti Haji Mohaimin, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan;
  2. Kumpulan B (pegawai Bahagian III) : Yang Mulia Sharifah Shah Rizan binti Shaikh Haji Said, Penyelia Pejabat; dan
  3. Kumpulan C (kakitangan Bahagian IV dan V) : Yang Mulia Dayang Norzimah binti Naruddin, Kerani.

Kumpulan A (Bahagian II)

Dayang Fatin Aqilah binti Haji Mohaimin, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan


Kumpulan B (Bahagian III)

Sharifah Shah Rizan binti Shaikh Haji Said, Penyelia Pejabat


Kumpulan C (Bahagian IV dan V)

Dayang Norzimah binti Naruddin, Kerani


Majlis Jasamu Dikenang juga diselajurkan bagi Yang Mulia Dayang Siti Halimah binti Haji Mokti yang akan memulakan cuti persaraan bermula 27 Mei 2021 sebelum bersara wajib pada 07 Ogos 2021.

 Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang Mulia Dayang Siti Halimah di atas jasa bakti dan sumbangannya selama 35 tahun berkhidmat di jabatan ini.

Pemangku Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Dayang Siti Halimah







Attachments