Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
09 NOVEMBER 2017 - KURSUS BUSINESS PROCESS ANALYSIS WITH BUSINESS REENGINEERING

Bandar Seri Begawan, 09 November 2017Seramai 12 orang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan beberapa orang pegawai dari pelbagai agensi telah menyertai bengkel Business Process Analysis with Business Reengineering yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam, diadakan di Kolej Perdagangan dan Teknologi Kosmopolitan bermula 6 November sehingga 9 November 2017.


Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan mengenai kepentingan BPR sebagai salah satu cara untuk mereka bentuk semula proses dan prosedur kerja secara radikal bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian Perkhidmatan.

Business Process Reengineering (BPR) atau Perekayasa Proses dan Prosedur Kerja adalah satu kaedah yang tidak asing lagi dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan dalam penambahbaikan terhadap proses kerja didalam agensi kerajaan dan sektor swasta. BPR juga adalah antara satu program yang dijalankan oleh jabatan bersama dengan ageni-agensi yang berhubung kait sebagai usahasama untuk meningkatkan mutu pemberian perkhidmatan terhadap pelanggan.

Antara kandungan bengkel adalah seperti, mengetahui mengapa terjadinya kelambatan proses kerja dalam agensi kerajaan dan faktor-faktornya serta cara-cara mengatasinya. Dengan menghadiri bengkel ini, peserta dapat meningkatkan ilmu dan kebolehan untuk mengenalpasti, menilai dan menambahbaikan proses kerja dengan menggunakan pelbagai kaedah BPR. Disamping itu, peserta dapat membuat penambahbaikan terhadap proses kerja untuk menjadi lebih efisien dan memupuk kearah budaya inovasi; lebih memahami keperluan reformasi perkhidmatan awam; meningkatkan kepuasan hati pelanggan / orang ramai dan seterusnya mengatasi aduan.


Sijil penyertaan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan. 


Attachments