Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
01 FEBRUARI 2018 - JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DALAM PROSES PERALIHAN KEPADA ISO 9001:2015

Bandar Seri Begawan, 01 Februari 2018 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) adalah salah sebuah jabatan di dalam Perkhidmatan Awam yang telah mendapat pensijilan PBD ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti pada tahun 2012 dan akan menjalani peralihan kepada PBD ISO 9001:2015. Oleh itu, MSD telah mengambil tindakan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan jabatan mengenai peralihan ini dengan mengadakan kursus dalaman iaitu (1) Awareness Program for PBD ISO 9001:2008 dan (2) Internal Quality Auditor Training. Selain itu juga, tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan mengenai perubahan PBD ISO 9001:2015 dan sekaligus, melatih pegawai Bahagian III ke atas untuk lebih berkemahiran dan berkeupayaan dalam menyampaikan perkhidmatan terhadap pelanggan.


Kedua-dua kursus ini diadakan di Bilik Reformasi, Tingkat 2, Bangunan Bahirah. Awareness program diadakan selama dua (2) hari bermula 29 Januari sehingga 30 Januari 2018 dan dihadiri oleh 38 pegawai dan kakitangan jabatan manakala internal quality auditor training juga diadakan selama dua (2) hari bermula 31 Januari sehingga 1 Februari 2018 dan dihadiri oleh 35 orang pegawai Bahagian III ke atas. Fasilitator bagi kedua kursus ini adalah konsultan dari luar negeri yang telah mendapat pengiktirafan ISO 9001.


Antara kandungan kursus adalah seperti, mengetahui perubahan jumlah klaus yang terdapat di dalam PBD ISO 9001 dan terma-terma yang berkenaan. Beberapa aktiviti juga telah diadakan sepanjang kursus dijalankan seperti role-playing, group discussion dan individual assignment. Dengan menghadiri kursus ini, peserta dapat meningkatkan ilmu dan kebolehan untuk mengenalpasti, menilai dan menambahbaikan proses kerja dan kemahiran dalam menyampaikan perkhidmatan.

  

Turut menghadiri kedua-dua kursus ialah Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Pemangku Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian.


Attachments