Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
19 FEBRUARI 2018 - MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI PUJA USIA YANG KE-44 TAHUN DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI

Bandar Seri Begawan, 19 Februari 2018 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Yang Ke 44 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini diadakan pada 19 Februari 2018 bertempat di Masjid Ash-Shaliheen.


Gambar Ehsan Daripada Jabatan Penerangan

 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Datin Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. 


Gambar Ehsan Daripada Jabatan Penerangan

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dipimpin oleh Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Yassin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, dan setelah itu diteruskan dengan membaca Doa Kesyukuran Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Majlis disudahi dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Yassin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Imam Masjid Ash-Shaliheen.

 

Gambar Disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan


Attachments