Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
03 MEI 2018 - TAKLIMAT PERINTAH-PERINTAH AM DAN PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KERAJAAN 1961 DAN RUKUN AKHLAK ETIKA KERJA

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei 2018 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telahpun menjemput Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyampaikan dua (2) taklimat iaitu Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan (GO) 1961 - Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal B (Tatatertib) dan Rukun Akhlak Etika Kerja  pada hari Khamis, 3 Mei 2018 di Bilik Mesyuarat Reformasi, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan yang dihadiri oleh semua warga MSD.

Taklimat pertama yang bertajuk "Rukun Akhlak Etika Kerja" telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Yang Mulia Haji Mohd Khir Zaki bin Dato Seri Setia Haji Abd Hamid manakala taklimat kedua pula disampaikan oleh Pegawai Kakitangan, Yang Mulia Awang Muhammad Hairul Rizan bin Haji A. Zaini dengan tajuk "Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan (GO) 1961 - Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal B (Tatatertib)"


Yang Mulia Haji Mohd Khir Zaki bin Dato Seri Setia Haji Abd Hamid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II


Yang Mulia Awang Muhammad Hairul Rizan bin Haji A. Zaini, Pegawai Kakitangan

Taklimat ini adalah merupakan taklimat ulangkaji bagi warga MSD yang lama berkhidmat dan kesedaran kepada warga MSD yang baru berkhidmat selaku penjawat awam.  Pendedahan sebegini dapat mengemaskinikan lagi keperluan dalam menjaga imej penjawat awam supaya sentiasa relevan dan patuh dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini, serta melaksanakan dengan lebih berwibawa dan berintegriti. 

Turut hadir semasa taklimat berkenaan adalah Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar dan Pemangku Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Dayang Hajah Masbi binti Haji Morni.


Attachments