Bandar Seri Begawan, 28 Julai 2018 - Majlis Anugerah Pekerja Terbaik (APT) telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Zulkaedah 1439 / 28 Julai 2018 di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD]. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Awang Mohd Royzarten Asym bin Haji Hashim, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan. Ianya diikuti dengan ucapan dari Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar.
Di majlis berkenaan, penerima Anugerah Pekerja Terbaik (APT) bagi tahun 2018 telah diumumkan dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan telah berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada tiga penerima APT berkenaan, seperti berikut :
Kategori A (bagi pegawai di Bahagian II) :
Dayang Jiduraina binti Haji Ibrahim, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kategori B (bagi kakitangan di Bahagian III) :
Dayang Norizzah binti Saugi, Penolong Pentadbir

Kategori C (bagi kakitangan di Bahagian IV dan V) :
Awang Haji Ismail bin Haji Tuah, Kerani

Majlis juga diselajurkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran bagi pegawai dan kakitangan MSD yang lahir pada bulan Jun dan Julai.

Acara juga turut dimeriahkan dengan pertukaran hadiah antara bahagian dan beberapa permainan (games). Majlis seumpama ini merupakan aktiviti tahunan yang dikelolakan oleh Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS), MSD bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga MSD.
