Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
02 FEBRUARI 2019 - BENGKEL PENILAIAN SENDIRI PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, 02 Februari 2019 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD], Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Penilaian Sendiri [Self-Assessment Workshop] bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam [3PSA] Melalui Penarafan Bintang kali ke-5.  Bengkel selama lima [5] hari ini telah bermula pada hari Isnin, 28 Januari 2019 hingga Sabtu, 02 Februari 2019 dan diadakan di Institut Perkhidmatan Awam [IPA] melibatkan 44 peserta dari sembilan [9] jabatan yang banyak berurusan dengan orang ramai.


Peserta Bengkel Penilaian Sendiri 3PSA 2019 bersama Pengarah Perkhidmatan Pengurusan

 

Antara tujuan bengkel adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan 3PSA dan seterusnya membolehkan mereka melaksanakan Self-Assessment 3PSA di jabatan masing-masing sejurus selepas berakhirnya bengkel dengan menggunakan borang-borang penilaian 3PSA.  Melalui penemuan self-assessment ini nanti, jabatan-jabatan terlibat dapat melaksanakan penambahbaikan dan mempersiapkan jabatan masing-masing untuk penilaian formal oleh MSD.

 

Bengkel ini melibatkan beberapa aktiviti seperti penerangan / taklimat mengenai konsep 3PSA dan empat [4] skop penilaiannya/ pengurusan teras / utama, iaitu strategi dan pelaksanaan; dasar dan pelaksanaan; sumber manusia; dan pemedulian pelanggan. Bengkel ini juga diselitkan beberapa aktiviti berkumpulan mengandungi tatacara menggunakan Senarai Semak 3PSA, penyediaan laporan dan borang-borang 3PSA yang lain. 

 

 

 

3PSA merupakan salah satu sistem penilaian yang dihasratkan akan dapat memberikan pengiktirafan / penghargaan kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang telah berusaha ke arah peningkatan kecekapan, keberkesanan, prestasi, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.  Selain itu, 3PSA juga akan menilai dan mengukur prestasi jabatan kerajaan ke arah memastikan penyampaian perkhidmatan berada di tahap yang cemerlang.  Ianya juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan jabatan kerajaan dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. 

 

Dengan adanya 3PSA akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk meningkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti kerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam dan membantu dalam  memberkesankan lagi usaha penambahbaikan dan pembaharuan yang telah / sedang / akan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam.  Melalui 3PSA juga akan dapat memberi promosi meluas mengenai dasar, strategi, mekanisme dan amalan terbaik yang dapat dijadikan sebagai tanda aras [benchmark] dalam Perkhidmatan Awam serta pengurusan prestasi dan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi. Ianya selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah baginda sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-25 pada 31 Oktober 2018:

 

"…Dengan adanya penarafan ini (Program Penggredan Prestasi Sektor Awam [3PSA] Melalui Penarafan Bintang), Beta berharap agensi-agensi kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi urus tadbir agensi masing-masing demi kecemerlangan Perkhidmatan Awam…"



Attachments