Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
06 APRIL 2019 - MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN PENYAMPAIAN PENGHARGAAN

Bandar Seri Begawan, 06 April 2019 – Hari Korporat MSD ke-1/2019 telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Rejab 1440 / 6 April 2019 yang diselajurkan dengan Majlis Jasamu Dikenang dan Penyampaian Penghargaan kepada tiga (3) orang pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke jabatan lain, iaitu Awang Dr Rosdi bin Haji Abdul Aziz,  Awang Haji Abd Malik bin Haji Kamis dan Dayang Lim Kim Dien.


Majlis dimulakan dengan ucapan
alu-aluan daripada Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan yang antara lain mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan jasa bakti, komitmen kerja dan penglibatan ketiga-tiga pegawai yang diraikan dalam menjayakan apa jua aktiviti selama berkhidmat di MSD.  Majlis diteruskan dengan tayangan video untuk mengimbas kembali kenangan pegawai-pegawai yang diraikan sepanjang berkhidmat di MSD.  Ianya diikuti dengan ucapan penghargaan dari pegawai-pegawai berkenaan.  Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan.


Pengarah bersama dengan Awang Dr Rosdi bin Haji Abdul Aziz

Pengarah bersama dengan Awang Haji Abd Malik bin Haji Kamis
Pengarah bersama dengan Dayang Lim Kim Dien


Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis adalah Dayang Hajah Masbi binti Haji Morni, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan berserta pegawai dan kakitangan MSD.  Majlis ini dianjurkan oleh Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS) MSD. 


Sesi Bergambar Ramai warga MSD bersama dengan Mantan


Sejarah ringkas perkhidmatan pegawai-pegawai berkenaan di MSD

AWANG DR ROSDI BIN HAJI ABD AZIZ

Telah berkhidmat dengan MSD selama lebih 14 tahun sejak 15 Mac 2004 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengurusan di Bahagian Audit Pengurusan.  Dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengurusan Kanan pada November 2011. Pada 1 September 2018, beliau dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pos Agung di Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


AWANG HAJI ABD MALIK BIN HAJI KAMIS

Telah berkhidmat  dengan MSD hampir 4 tahun sejak 24 November 2014 dan ditempatkan di Bahagian Pembangunan Organisasi.  Beliau kemudian ditempatkan di Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan [kini dikenali sebagai Bahagian Penyampaian Perkhidmatan] selaku Ketua Unit Sistem Penyampaian Perkhidmatan.  Pada 29 Oktober 2018 beliau dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia di Kementerian Pertahanan.

DAYANG LIM KIM DIEN

Dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I di Jabatan Radio & Televisyen Brunei pada 03 September 2018 setelah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dan beliau ditempatkan di Bahagian Korporat dan Hal Ehwal Antarabangsa bagi mengetuai Unit Ehwal Antarabangsa dan Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan selama hampir 6 tahun bermula pada 1 Disember 2012.

Attachments