Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
16 APRIL 2019 - SESI KHAS BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April 2019 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD], Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Sesi Khas Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang pada hari Selasa, 16 April 2019 di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam [IPA].

Sebanyak sembilan [9] jabatan telah membentangkan dapatan dari Bengkel Penilaian Sendiri (Self-Assessment Workshop) 3PSA yang telah dijalankan di jabatan masing-masing di Sesi Khas Bengkel 3PSA kali ini. Sesi khas ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel 3PSA yang telah diadakan pada 28 Januari 2019 hingga 02 Februari 2019. Setiap jabatan yang mengikuti bengkel diperlukan untuk melaksanakan Self-Assessment 3PSA di jabatan masing-masing selepas selesai bengkel.

Ketua-ketua kumpulan juga dijemput untuk berkongsi pengalaman melaksanakan Self-Assessment di jabatan masing-masing dan rata-rata bersetuju melalui Self-Assessment 3PSA, kekuatan dan kelemahan jabatan dapat dikenal pasti. Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan mengakui kaedah-kaedah yang digunakan dalam Penilaian 3PSA dapat dijadikan sebagai kaedah pemantauan di jabatan berkenaan dan ianya membantu jabatan mengenal pasti jurang yang perlu ditambahbaik.  Sementara itu, Jabatan Daerah Temburong melihat Self-Assessment ini sebagai satu pengalaman positif dan ilmu yang diperolehi dari 3PSA akan membantu jabatan tersebut untuk melaksanakan projeknya dengan lebih teratur.  Jabatan Urusan Haji melihat empat [4] skop yang dinilai dalam 3PSA sangat penting dan perlu dijaga pelaksanaannya khususnya bagi jabatan-jabatan yang banyak berurusan dengan orang ramai.  Manakala Jabatan Daerah Tutong berharap dengan mengetahui kelemahan yang ada, perkhidmatan luaran dan dalaman akan dapat ditambahbaik.

Penyampaian sijil kepada peserta Bengkel 3PSA telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan diakhir sesi.

Bengkel dan Self-Assessment 3PSA merupakan antara strategi bagi mempersiapkan jabatan-jabatan berkenaan untuk penilaian formal oleh MSD.  Dapatan Self-Assessment 3PSA ini dapat digunakan sebagai intelligent information dan perbandingan semasa pihak MSD melaksanakan penilaian formal.


Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta  Bengkel 3PSA

Pembentangan daripada Kumpulan Pegawai Penilai Jabatan Daerah Temburong

Attachments