Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
19 APRIL 2019 - AKTIVITI PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KG UJONG BUKIT 1440 / 2019

Bandar Seri Begawan, Jumaat 13 Sya’ban 1440 / 19 April 2019 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS) telahpun mengadakan salah satu aktiviti kebajikan tahunan yang diadakan sebelum menjelangnya bulan Ramadhan iaitu Aktiviti Pembersihan Tanah Perkuburan Islam. Pada tahun ini, pihak BKSS telah memilih Tanah Kampong Ujung Bukit, Bandar Seri Begawan.

Aktiviti kebajikan yang biasa diadakan sebelum menjelang bulan Ramadhan ini antara lain bertujuan untuk memupuk semangat bersatu padu, bergotong-royong dan menimbulkan rasa ukhuwah serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga-warga MSD di samping melipat gandakan amalan dan mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Kerja-kerja pembersihan berkenaan telah disusuli dengan Bacaan Tahlil dan doa yang dipimpin oleh Awang Mohammad Khairuddin Bin Rosli.  Turut hadir dalam aktiviti pagi Jumaat tersebut adalah Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan.

Attachments