Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
12 November 2019 - PENGURNIAAN SIJIL PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-26, TAHUN 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOVEMBER 2019– Majlis Kemuncak Sambutan Hari Perkhidmatan Awam [HPA] ke-26 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangaan Antarabangsa, Berakas dan tema sambutan HPA pada tahun ini adalah 'Perkhidmatan Berintegriti dan Berinovasi Pemangkin Kemajuan Negara'. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Antara atur cara di majlis tersebut adalah pengurniaan Sijil Pengiktirafan kepada dua (2) jabatan daripada tujuh (7) jabatan yang telah melalui Penilaian Penggredan Prestasi Sektor Awam [3PSA] Melalui Penarafan Bintang pada Tahun Kewangan 2018/2019 dan diiktiraf mendapat tiga (3) bintang (Baik), iaitu:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri; dan
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri

Sijil-sijil Pengiktirafan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  

3PSA merupakan inisiatif berterusan Jabatan Perdana Menteri khususnya Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD] bagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-21 pada tahun 2014. Penilaian 3PSA turut menggalakkan jabatan-jabatan kerajaan untuk melaksanakan usaha-usaha pembaharuan dan pembaikan yang dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan yang setentunya akan dapat menyumbang ke arah pencapaian matlamat Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21 dan Wawasan Brunei 2035.

Sebanyak 26 jabatan yang banyak berurusan dengan orang ramai telah dinilai melalui 3PSA sejak program 3PSA dilancarkan pada tahun 2015, dan tahun ini adalah merupakan kali kedua, pengurniaan sijil pengiktirafan ini dikurniakan semasa Sambutan Hari Perkhidmatan Awam. 

Melalui 3PSA juga, prestasi jabatan-jabatan kerajaan khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya dapat dinilai dan diukur yang setentunya akan menyumbang kepada pencapaian Prestasi Kebangsaan, iaitu Indeks Keberkesanan Kerajaan [Government Effectiveness Index]. Penilaian 3PSA turut menggalakan jabatan-jabatan kerajaan untuk melaksanakan usaha-usaha pembaharuan dan pembaikan yang dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Dengan pengiktirafan dan penghargaan ini juga diharapkan akan dapat memberikan dorongan dan motivasi di kalangan agensi kerajaan dan warga Perkhidmanatan Awam ke arah pemberian perkhidmatan yang cemerlang untuk mencapai matlamat Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21 dan Wawasan Brunei 2035.

Gambar

Yang Mulia Dr Awang Norfarizal bin Othman

Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perdana Menteri

Gambar

Yang Mulia Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jabatan Perdana Menteri

 

 Gambar ramai penerima Sijil Pengiktirafan 3PSA, Anugerah Inovasi Perdana [AIP], Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam [APCPA], dan Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam [AKB2PA]  bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

 

Gambar Penerima Sijil Pengiktirafan 3PSA bersama Yang Mulia Awang Aminuddin Bin Haji Buntar, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan dan Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariana binti Abdullah, Pemangku Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan 

Attachments