Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHari Pelanggan

  • Diperkenalkan melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 2/2006.
  • Surat keliling tersebut mengkehendaki agensi-agensi kerajaan yang memberi khidmat pelanggan secara langsung untuk mengadakan Hari Pelanggan sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Tujuan Hari Pelanggan ini adalah untuk menjunjung titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menekankan pemberian perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan, cekap, berkesan, telus (transparent), pemedulian dan bersopan santun.
  • Lazimnya, MSD akan membuat lawatan ke agensi-agensi yang mengadakan Hari Pelanggan untuk melihat sama ada tujuan mengadakan Hari Pelanggan tersebut telah tercapai. Laporan akan disediakan setiap selepas lawatan dan sebarang cadangan / kekurangan yang dikenal pasti akan dikongsi dengan agensi-agensi tersebut