Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKSTP


option 1-2


(sila tekan banner untuk ke laman kaji selidik)

  • Pengenalan
  • Soalan Lazim | Frequently Asked Questions (FAQs)
  • Senarai agensi kerajaan yang terlibat


PENGENALAN

• Kaji selidik tahun 2014 ini merupakan yang ke-6 diadakan dengan menggunakan dua (2) pendekatan iaitu secara manual dan juga secara online. Pelaksanaan kaji selidik sebelumnya telah diadakan pada :

  • Ke-1 pada 2002;
  • Ke-2 pada 2006;
  • Ke-3 pada 2011;
  • Ke-4 pada 2012 (secara online sahaja); dan
  • Ke-5 pada 2013

• Objektif kaji selidik :

  • Mengetahui tahap kepuasan hati pelanggan;
  • Mengetahui tahap persepsi pelanggan terhadap kualiti pemberian perkhidmatan; dan
  • Mendapatkan pandangan / cadangan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam memberikan perkhidmatan.

• Skop :

  • Melibatkan 43 agensi kerajaan yang banyak berurusan dengan orang ramai (rujuk Senarai agensi kerajaan yang terlibat).

• Metodologi :

  • Pelanggan juga boleh ikut serta kaji selidik tersebut dengan berkunjung ke laman web MSD di www.jpp.gov.bn

• Tempoh pelaksanaan kaji selidik :

  • Kaji selidik ini akan dilaksanakan mulai 01April 2014 hingga 30 Jun 2014.
  • Manakala, pautan kaji selidik online ini akan dilaksanakan berterusan mulai 01 April 2014.


SOALAN LAZIM | FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)


1 Berapakah jumlah responden yang dijangkakan?

MSD tidak menghadkan jumlah responden dan akan menerima sebanyak yang mungkin.



2 Bilakah borang-borang kaji selidik akan diedarkan kepada pelanggan jabatan?

Borang-borang tersebut diedarkan kepada focal person jabatan. Borang-borang tersebut akan mula diedarkan kepada pelangan secara random di jabatan-jabatan berkenaan mulai 01 April 2014.

 

3 Adakah agensi-agensi yang terlibat perlu mengumpul maklumbalas kaji selidik untuk dihadapkan ke MSD?

Bagi maklumbalas yang menggunakan borang kajiselidik (physical), wakil dari MSD akan mengutip semula borang kaji selidik tersebut pada setiap minggu terakhir bulan April, Mei dan Jun 2014. Manakala, bagi borang kaji selidik online, setiap maklumbalas akan terus dicapture oleh program tersebut untuk penganalisaan MSD. Oleh itu, bagi kedua-dua jenis borang kaji selidik tersebut, agensi yang terlibat tidak perlu mengumpul maklumbalas tersebut.


4 Adakah agensi-agensi terlibat akan mengetahui / dimaklumkan hasil kaji selidik ini nanti?

Agensi-agensi yang terlibat akan dimaklumkan hasil kaji selidik ini setelah ianya dilaporkan kepada Setiausaha-Setiausaha Tetap bagi agensi-agensi yang terlibat.


5 Adakah pelanggan dibenarkan untuk mengisi / ikut serta dalam kaji selidik ini lebih dari sekali?

Tiada had jumlah maklumbalas dari setiap pelanggan dan pelanggan dialu-alukan untuk memberikan maklumbalas / komen (jika berkenaan) terhadap perkhidmatan yang berlainan dari agensi yang sama.


6 Adakah pelanggan dibenarkan untuk memberikan maklumbalas terhadap kaji selidik untuk berlainan agensi yang terlibat?

  • Ya.
  • Contoh : Pelanggan yang berkunjung ke jabatan A, B dan C dibolehkan untuk memberi maklumbalas bagi jabatan A, dan jabatan B serta jabatan C (tetapi menggunakan berlainan borang kaji selidik).


7 Apakah peranan petugas kaunter di agensi-agensi yang terlibat?

  • Menyebarluaskan mengenai kaji selidik ini dan menggalakkan pelanggan mereka untuk ikut serta
  • Ada baiknya petugas kaunter yang ditugaskan diberi tunjuk ajar khusus untuk mengisi kaji selidik online tersebut (jika diperlukan)


8 Berapa lama tempoh mengisi satu kaji selidik?

Dianggarkan dalam 5 hingga 8 minit sahaja

 


SENARAI AGENSI KERAJAAN YANG TERLIBAT

Sebanyak 43 agensi kerajaan telah dipilih untuk kaji selidik ini.

JABATAN PERDANA MENTERI

1. Jabatan Peguam Negara
2. Jabatan Audit
3. Jabatan Perkhidmatan Awam
4. Polis Diraja Brunei
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
6. Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi
7. Jabatan Perkhidmatan Elektrik

 

KEMENTERIAN KEWANGAN

1. Jabatan Perbendaharaan
2. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja

 

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

1. Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
2. Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
3. Jabatan Bandaran Tutong
4. Jabatan Buruh
5. Jabatan Daerah Brunei dan Muara
6. Jabatan Daerah Belait
7. Jabatan Daerah Tutong
8. Jabatan Daerah Temburong
9. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

1. Jabatan Peperiksaan
2. Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan

 

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

1. Onebiz
2. Jabatan Perikanan
3. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 
4. Badan Kemajuan Industri Brunei

 

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

1. Jabatan Urusan Haji,
2. Jabatan Majlis Ugama Islam
3. Jabatan Hal Ehwal Syariah

 

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

1. Kawalan Bangunan dan Industri Pembangunan (ABCi), Kementerian Pembangunan
2. Jabatan Kemajuan Perumahan
3. Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya
4. Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya
5. Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya
6. Jabatan Perancang Bandar dan Desa
7. Jabatan Tanah
8. Jabatan Ukur

 

KEMENTERIAN KESIHATAN

1. Perkhidmatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
2. Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
3. Hospital RIPAS, Jabatan Perkhidmatan Perubatan

 

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

1. Dewan Bahasa dan Pustaka,
2. Jabatan Belia dan Sukan,
3. Jabatan Pembangunan Masyarakat

 

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

1. Jabatan Pengangkutan Darat 
2. Jabatan Perkhidmatan Pos

 

 

(sila tekan poster untuk ke laman kaji selidik)