Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUrusetia Jawatankuasa Pandu Pemberian Perkhidmatan Kepada Orang Ramai Oleh Agensi-Agensi Kerajaan (Jk-Pandu)



  • JK-Pandu ditubuhkan pada Februari 2007.
  • Penubuhan JK-Pandu ini adalah atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha untuk meningkatkan tahap pemberian perkhidmatan kepada orang ramai, memberikan layanan kepada aduan-aduan atau masalah-masalah dengan cekap dan berkesan serta penuh dengan sifat-sifat pemedulian dan bersopan santun di samping mengekalkan perkhidmatan yang berkualiti dan menjadikan perkhidmatan yang berkualiti itu teras utama sebab itulah saja yang boleh memuaskan hati orang ramai selaku pelanggan.
  • Bidang tugas JK-Pandu :
    • Memastikan agensi-agensi kerajaan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai pada tahap yang tinggi, sekurang-kurangnya seperti termaktub dalam TPOR agensi-agensi berkenaan.
    • Memastikan masalah-masalah yang menyebabkan kelambatan-kelambatan dan menyulitkan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai dapat diperbaiki.
    • Mengenal pasti kegiatan-kegiatan /program-program pembaikan yang perlu diberikan keutamaan untuk pelaksanaan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
    • Memastikan kordinasi bersepadu di antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai; menyembahkan laporan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali.
  • Keahlian :
    • Pengerusi : Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri
    • Timbalan Pengerusi :Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri
    • Ahli :
      • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
      • Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan
      • Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
      • Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan
      • Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
      • Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan
      • Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan
      • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
      • Pengarah Institut Perkhidmatan Awam
    • Setiausaha : Pengarah Perkhidmatan Pengurusan