Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengendalian Aduan Orang Ramai

Pengenalan

Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) mula diberikan mandat selaku agensi fokal bagi penerimaan aduan-aduan orang ramai mengenai perkhidmatan yang diberikan atau dikeluarkan oleh kementerian / jabatan Kerajaan pada tahun 1998 iaitu melalui memorandum dari Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri bilangan (10)JPM/J/MSD/16 bertarikh 21 Julai 1998.

Dalam mememainkan perananya itu, MSD adalah dibolehkan untuk membuat pemeriksaan dan perbincangan dengan kementerian / jabatan Kerajaan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu bagi memeriksa dan mengetahui kedudukan aduan-aduan yang ditimbulkan oleh orang ramai. Ini termasuklah membuat lawatan ke premis-premis dan pemeriksaan dokumen-dokumen yang berkenaan.

Aduan-aduan orang ramai yang diterima MSD pada masa ini dikendalikan oleh Unit Pengaduan Awam, Bahagian Penyampaian Perkhidmatan.

 

Maksud Aduan

Aduan adalah ekspresi mengenai ketidakpuasan hati orang ramai terhadap penyampaian perkhidmatan Kerajaan termasuklah yang berkaitan dengan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang tidak dicapai sama ada dari segi tempoh yang dijanjikan, kualiti perkhidmatan ataupun layanan yang diterima.

 

Jenis Aduan

MSD mengendalikan pelbagai jenis aduan mengenai penyampaian perkhidmatan Kerajaan seperti berikut:


Jenis Aduan Tidak Dilayan

MSD TIDAK akan mengendalikan aduan-aduan berbentuk seperti berikut:


 

Tatacara Membuat Aduan

1.         Orang ramai boleh membuat aduan mengenai penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan kepada MSD melalui saluran-saluran berikut:

  • Menghadapkan surat aduan secara terus kepada:
    PENGARAH PERKHIDMATAN PENGURUSAN
    JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN
    BANGUNAN BAHIRAH,
    JALAN MENTERI BESAR
    BANDAR SERI BEGAWAN  BB3910
    NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  • Memasukkan aduan ke dalam Peti Aduan / Cadangan MSD yang ditempatkan di Pejabat-Pejabat Daerah;
  • Hadir sendiri ke MSD secara walk-in semasa waktu bekerja (sesi perjumpaan);

  • Menghubungi MSD di talian 2382063/4/5/6  atau  melalui talian hotline 2382072 semasa waktu bekerja;

  • Menghantar aduan melalui emel di alamat info.msd@msd.gov.bn atau talian fax 2382062.

2.        Aduan yang dikemukakan hendaklah  diterangkan dengan jelas dan jika perlu dokumen sokongan sebagai bukti disertakan bersama / disusul seperti:

  • Salinan persuratan / permohonan daripada agensi berkenaan;
  • Salinan sijil, resit dan sebagainya; dan
  • Gambar-gambar jika berkaitan

3.        Pengadu hendaklah memberikan butir-butir peribadi dengan lengkap dan betul agar mudah dihubungi apabila diperlukan seperti berikut:

  • Nama pengadu;
  • Nombor dan warna kad pengenalan;
  • Alamat  persuratan;
  • Nombor telefon (rumah / mobile / pejabat);
  • Umur;
  • Jantina;
  • Pekerjaan; dan
  • Tarikh aduan dibuat.

4.       Pengadu yang tidak menyertakan maklumat dengan lengkap tidak akan dilayan.