Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenubuhan Jabatan


Unit Perkhidmatan Pengurusan atau Management Services Unit (MSU) ditubuhkan di bawah Pejabat Perjawatan pada 1 januari 1982. Bermula 1 Ogos 1993 MSU dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan pengurusan Pengurusan (Mangement Service Department – MSD). Sejak penubuhannya, beberapa program / projek utama ke arah pembaharuan dan penambahbaikan telah dirancang dan dilaksanakan di antaranya Sistem Penilaian Prestasi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam atau (Civil Service Review Programme – CSR), penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA), penubuhan tabung Amanah Pekerja, Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam, Hari Perkhidmatan Awam dan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR).

 

Ekspektasi orang ramai terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan semakin meningkat dan sofistikated. Oleh itu, peranan MSD juga turut bertambah dan memfokus kepada pengenalan inisiatif-inisiatif yang menekankan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan termasuklah pengemaskinian dan pemantapan sistem / prosedur melalui Perekayasaan Proses dan Prosedur (Business Process Reengineering – BPR) dan menggalakan koordinasi antara agensi-agensi kerajaan dalam mencapai Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21 dan Wawasan Brunei 2035.

 

MSD juga telah menerima pengiktirafan dan pensijilan PBD ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti pada 20 Mac 2012. Dengan pensijilan tersebut, MSD terus berusaha untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan setanding piawaian antarabangsa, disamping memberi lebih keyakinan kepada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) terhadap perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan.

 

Bagi memastikan warga MSD sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran, keutamaan untuk memberikan peningkatan, pemantapan keupayaan dan kemahiran pegawai-pegawai melalui program pembangunan kapasiti seperti Certificate Management Consulting Essential (CMCE), menghadiri kursus / latihan jangka pendek atau panjang sama ada dalam atau luar negeri.